3 Ogos 2015
Hari ni aku bergegas cepat dari sekolah. Ada TVS + Kaunseling hari ni kat UIA. Abang plak bergerak dari Gambang. So bila sampai UIA nurse buat TVS dulu jam 2.30 ptg. Kul 3 nanti baru ada sesi kaunseling. Masa scan tu punyer la risau...ada 12 telur yg dpt dilihat. tapi semua pun belum cukup besar. paling besar pun setakat ni 1213 diameter. kena tunggu sehingga diameter menjadi 18. Jadi kena tambah ubat lagi. Gonal F- 1 kotak = RM500. Inject untuk 3 hari sampai hari Khamis. setiap hari 150ui. Pastu datang utk TVS lagi.kalau tak besar lagi kena tambah lagi Gonal F. tapi kalau dh besar, boleh la start OPU.
Sesi kaunseling kami dengan Puan Siti Khatijah. Muda lagi orangnyer. macam sebaya kakak ipar je. Semua info Puan Siti cerita kat kami. Termasuklah risiko IVF.
1) kurangkan minum teh, kopi, dan susu kambing.
2) kurangkan makan makanan pedas, fast food
3) boleh minum air horlick n milo.
4) jgn stress - sbb stress boleh menyebabkan Sindrom Telur Kosong.
Sebab insyaallah Isnin depan boleh start prosedur OPU. Aku dinasihatkan untuk bersama dengan husband 3 atau 5 hari sebelum OPU. Tujuannya supaya masa amik sperm husband nanti dapat sperm yang fresh. Baru tau, lebih dr 5 hari kalau tak bersama, sperm husband boleh 'mati'. Sehari sebelum OPU aku perlu makan ubat monurol 36 jam sebelum OPU.Tujuannya supaya folikel tadi dh sedia untuk disedut. Pn Siti ada beritahu tentang Sindrom Hiperstimulasi Ovarian- yang ni terjadi bila telur tak disedut keluar disebabkan oleh semasa OPU, terdapat kapilari darah yang menghalang jarum untuk sedut telur. Kenapa tak sedut je kan? Tak boleh la takut nanti ada Pendarahan Dalaman plak.
So kalau kes macam ni, pesakit akan diberi ubat untuk kecutkan folikel.
Masa hari OPU nanti aku perlu hadir di UIA jam 7.30 pagi bersama sperm husband.Sperm tu tak boleh melebihi dari 30 minit. Datang dalam keadaan natural beauty ye puan...hehehe...takleh make up, tak leh pakai perfume n paling penting kul 12 mlm sebelumnya dah puasa.
Jumlah hari ini
1) Gonal F = 1 x RM500 = RM500
JUMLAH BESAR RM2240.60
No comments:
Post a Comment