Sepanjang CTG yang aku amik selama 28 hari ni, aku mula buat preparation for CTG ikut pasangan sambung belajar. 2 in 1. Sementara nak tunggu panggilan interview visa, so kena prepare dlu dokumen yang patut as Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk dihantar ke JPNP.
Dokumen yang perlu ada:
1) Borang permohonan CTG Mengikut Pasangan Bertugas.
Korang boleh download dari link ni http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=953
2) Surat tawaran mengikut kursus / pengajian atau surat arahan pertukaran pasangan -jika berkaitan
3) Surat tawaran pembiayaan pengajian pasangan (Financial Affidavit) -jika berkaitan
4) Surat kelulusan cuti belajar pasangan - jika berkaitan
5) Sijil perkahwinan yang telah disahkan.
Borang yang lengkap diisi dan dokumen berkenaan dikemukakan kepada Ketua Jabatan tempat pegawai bertugas sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh nak mula CTG.
Semua dah settle. Tunggu nak hantar je lg. Oh ya jangan lupa buat 3 salinan.
No comments:
Post a Comment