Pages

Wednesday, December 21, 2011

Pertandingan Bercerita Peringkat SK Mudong

---Sekitar Majlis Pertandingan Bercerita---


Pagi-pagi lagi dah berkumpul di Anjung Seri...



Guru Besar SK Mudong En. Zulkipli@Kipli bin Hj. Jawawi berucap dengan penuh bersemangat...




Pemenang PertandinganBercerita Tahap Dua...Adik Felysia Nala ak. Incham...


Dari kiri : Pemenang Pertandingan Bercerita Tahap 1; Adik Meliana Lawas ak. Mauh, Adik Benedict Jelaing ak Benbali; Naib Johan dan Guru Besar SK Mudong..



Sesi bergambar bagi peserta yang telah berjaya menerima hadiah mengikut Tahap 1 dan Tahap 2..
TAHNIAH diucapkan...


Hiasan Kelas


Ni la Kelas Tahun 4 2011....Hiasannya hasil usaha penat lelah aku awal2 thn...ni pun sebab ader Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas...Tp lepas tgk balik...rasa puas ati gak..hehe.

Entah dari mana la datangnya idea nak wat jalan raya kat atas papan tulis tu...


Ni plak 'pemandangan' kat belakang kelas ...tempat tampal sumer note yang ader...


Kat side tepi kelas pun ader ruang untuk tampal BBM setiap subjek...


Belajar ye anak-anak murid ku...semoga rasa selesa...



Ha ni pagar-pagar yang menjadi kegemaran budak2 kelas ni...Kalau lukis gambar mesti ader gak pagar cam ni..Sumber inspirasi diorang katanya...


Siap ader 'seketing' lagi tuh...



Tapi malangnyer tahun depan kena gak masuk kelas lain n bertukar anak-anak murid la nampaknya...biasa la lumrah cikgu...

Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita


Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana  solat NAK diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di
peringkat mediocre, itu pun  kalau boleh di kategorikan begitu.
  
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah  mencadangkan kita mengambil 2
minit untuk "menyediakan diri" sblm  menghadap Yg Esa.

 
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...  sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz
niat:


1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri  kita. Kenangkan kembali dosa2
kita, betapa kerdil dan hinanya kita,  seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa.
Pendek kata,  kutuk diri sendiri dan menyesallah.

 2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.  Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk
beribadat kepadaNya. Kenangkan  betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam,
mempunyai Tuhan yg  begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu 
menyayangi anaknya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat  solat dan mengangkat takbir. Berniatlah
dlm keadaan berdiri tegak, bukan  sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan
sebagainya. Fokus.  Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, 
penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan  selayak2nya adab utk
menghadap Tuhan.

 1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat  takbir
  
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping  telinga
  
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping  telinga
  
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan  telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke  badan. Menurut penceramah,
syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar  bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk
mengganggu solat kita, oleh  itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
  

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn  kiri ke atas sikit dari pusat (bukan
menutup pusat) sambil ibu jari  dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan
diletakkan  di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat  mendekati badan.

 3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada  rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan.
Kedua2 tgn melurut peha dgn  perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm
posisi  sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

 
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami  Allahuliman hamidah..." dan mengangkat
tgn posisi takbir   ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".


5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan  diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn
meletakkan kedua2  lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya  dahi. Kedua2 tgn
dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu  jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara 
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke  hadapan kerana dikhuatiri
akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7  iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan
kedua belah kaki  (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke  kiblat.


6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
  
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
  
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan  kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.


7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun,  bukan dlm keadaan bangun
menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk  bangun, gunalah tgn kanan utk membantu
kita bangun atau kedua2 tgn.


8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut  ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha
ILLALLAH") Jari telunjuk  itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
  
   
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi  salam. Menoleh sejauh mungkin
sehingga 180 darjah ke belakang kerana  malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika
menoleh ke kiri.  Tidak salah jika bahu  dialihkan sedikit bagi  membolehkan kita menoleh
sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan,  alihkan  sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
  
 
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn  melapikkan papan punggung dgn kedua2
kaki. Tgn diangkat  separas  dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya
kita  berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat  bongkak.
Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


Kain yg digunakan utk solat juga perlu  menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah  jarang. Sekiranya kita memakai kain yg
jarang dan dapat  dilihat  tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah
 kain telekung yg tidak jarang  (antara caranya  ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
 Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh  di dlm dan pastikan sewaktu di rumah,
apabila kita solat cuma dgn  berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak
kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

 2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas  membawa kain solat, sekadar
membawa telekung shj (tak payah org lain,  saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma
kain di badan shj  digunakan dan bagi menutupi  kaki, kita memakai  stokin. Cara ini memang
tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai  tidak jarang. Ingatlah  sewaktu kita sujud, kain
stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita  ketika itu lalu  tidak
sahlah solat. Sebaik2nya  pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai
 ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.


   3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.  Ada yg berlubang2 sehingga di
belakang telekung.  Ada  kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn
serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang  telekung. Oleh itu,
berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki  solat kita  kerana ia adalah tiang agama.
Pertama  sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik  akan melahirkan
peribadi yg baik.

Tangisan Rasulluah Menggoncangkan Arasy


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada  apa pun yang hilang, Jika kesihatan
yang hilang dari diri seseorang,  maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang
dari diri  seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
 
  
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w.  sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau
mendengar seseorang di  hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah  s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti  di salah
satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!"  Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya  Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu
menoleh ke  belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan  yang
belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang  tampan! Apakah engkau
memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku  ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah
bukan kerana ketampananmu dan  kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad  Rasulullah."
 
  
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w.  tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah
engkau mengenali Nabimu, wahai orang  Arab?" "Belum,"  jawab orang itu. "Jadi bagaimana 
kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,  sekalipun saya
belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya,  sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi  itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata
kepadanya: "Wahai orang Arab!  Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti
di akhirat!"  Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada  dirinya.
 

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia  segera tunduk untuk mencium kedua
kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal  itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya
berkata  kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan  serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,  Ketahuilah, Allah mengutusku bukan
untuk menjadi seorang yang takabbur  yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi
membawa berita  gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi
yang  mengingkarinya."
 

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita  dari langit dia berkata: "Ya Muhammad!
Tuhan As-Salam mengucapkan salam  kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang
Arab itu, agar dia  tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan 
menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik  yang kecil
mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril  kemudian pergi. Maka orang
Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta  kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba,  maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"
kata orang Arab  badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
 
  
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan  memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa  kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia
memperhitungkan  kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan 
pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba  akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
 

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah  s.a.w. pun menangis mengingatkan
betapa benarnya kata-kata orang Arab  badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi
Janggutnya. Lantaran itu  Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan
As-Salam  menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari 
menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan  tasbih dan
tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu  itu, bahawa Allah tidak akan
menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.  Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu  di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab
badwi itu, apabila mendengar  berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan
keharuan  dirinya."   

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat


PERCAYA kepada  malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa 
kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat  mendapat
keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan  bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian
mencabar. Bantuan dan  sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin  menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika  kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja  kita
perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara  orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan  bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat
akan bersamanya di  dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya
Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu  waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:  "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama  ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan
mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan  solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda,  maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke  atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada  solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di
dalam saf).
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat  selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan  'amin' ketika seorang imam selesai membaca
al-Fatihah.
Rasulullah  s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir  al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana  sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan  diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan  solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian  selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh  dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda  maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh
lalu  malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas  malam hari
hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari  tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat  Asar dan malaikat yang ditugaskan pada
siang hari (hingga solat Asar)  naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam
hari tetap  tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian  meninggalkan
hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan  mereka sedang melakukan solat dan kami
tinggalkan mereka sedangkan  mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari
kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya  tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang
dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan  dikabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil  baginya, setiap kali dia berdoa
untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,  malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia  dapatkan.'"

9.  Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya  seorang
hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu  antara kedua-duanya
berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang  berinfak...'"

10.  Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w  bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk  (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda,  maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya
kecuali Allah  akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di
waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah  antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan  tersenarai
sama.

Tuesday, December 20, 2011

RPT Matematik Tahun 2


RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 2


MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

1.       NOMBOR BULAT HINGGA 1000.


1.1     Menama dan menentukan nilai nombor.

(i)  Menamakan nilai nombor hingga 1000 :
(a) Membaca sebarang nombor yang diberi
     dalam perkataan.
(b) Menyebut sebarang nombor yang diberi
     dalam bentuk angka.
(c) Memadan angka dengan namanya dalam
     perkataan.


B1D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 1
(ii)  Menentukan nilai nombor hingga 1000 :
(a) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang
     disebut dengan menggunakan objek,
      gambar, garis nombor dan abacus 4 : 1.
(b) Memadankan kumpulan objek dengan
      nombor.
(c) Menyusun kumpulan objek, kad gambar dan
     kad angka mengikut tertib menaik dan tertib
     menurun.
(d) Membandingkan dua nombor dan menyebut
      sebarang nombor yang terletak di antaranya.


B2D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 1






MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

1.       NOMBOR BULAT HINGGA 1000.


1.2  Menulis nombor.

(i) Menulis sebarang nombor hingga 1000
     apabila diberi nombor itu dalam perkataan.
(ii) Menulis dalam perkataan sebarang nombor
      hingga 1000.





1.3    Melengkapkan sebarang
        rangkaian nombor.
(i)  Membilang nombor dalam lingkungan 1000
      secara :
(a)     seratus-seratus
(b)     sepuluh-sepuluh
(c)     satu-satu
(d)     dua-dua
(e)     lima-lima
tertib menaik dan menurun.

(ii)  Melengkapkan sebarang rangkaian nombor
       dalam lingkungan 1000 secara :
(a)     seratus-seratus
(b)     sepuluh-sepuluh
(c)     satu-satu
(d)     dua-dua
(e)     lima-lima
tertib menaik dan menurun.


B2D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 1





B2D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 1





MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI




NOMBOR DAN OPERASI

1.  NOMBOR BULAT
     HINGGA 1000.



1.4    Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor.

(i)   Menamakan nilai tempat bagi setiap digit
       dalam sebarang nombor hingga 1000.
(ii)  Menyatakan nilai digit bagi sebarang
       nombor hingga 1000.
(iii) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit
       bagi sebarang nombor dengan
       menggunakan abakus 4:1.
(iv)  Mencerakinkan sebarang nombor dalam :
(a)     sebutan ratus, puluh dan sa
(b)     bentuk panjang yang menunjukkan nilai setiap digit.



B2D2E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 2


B2D2E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 2
1.5    Membundarkan sebarang
       nombor kepada puluh
       dan ratus terdekat.

(i) Membundarkan sebarang nombor hingga
     1000 kepada puluh dan ratus terdekat.
B3D2E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 2


NOMBOR DAN OPERASI

2.       TAMBAH DALAM
        LINGKUNGAN 1000.


2.1  Menambah sebarang dua
       nombor.
(i)  Menambah sebarang dua nombor hingga
      tiga digit tanpa menggumpul semula.
(ii) Menambah sebarang dua nombor hingga
      tiga digit dengan menggumpul semula dari :
(a)     sa ke puluh
(b)     puluh ke ratus
(c)     sa ke sepuluh dan puluh ke ratus hasil tambahnya hingga 1000.
(iii)  Menambah sebarang dua nombor dengan
        menggunakan abakus 4:1.

B3D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 3

MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

2.       TAMBAH DALAM
        LINGKUNGAN 1000.

2.2    Menambah sebarang tiga nombor.

(i)  Menambah sebarang tiga nombor hingga
      tiga digit tanpa menggumpul semula.
(ii) Menambah sebarang tiga nombor hingga
      tiga digit dengan menggumpul semula dari :
(a)     sa ke puluh
(b)     puluh ke ratus
(c)     sa ke sepuluh dan puluh ke ratus hasil tambahnya hingga 1000.
(iii)  Menambah sebarang tiga nombor dengan
        menggunakan abakus 4:1.

B3D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 3



2.3    Menyelesaikan masalah tambah.

(i)  Mereka cerita berdasarkan ayat matematik
      tambah yang diberi.
(ii) Menyelesaikan masalah harian yang
      melibatkan penambahan dua nombor.



B4D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 3




NOMBOR DAN OPERASI

3.       TOLAK DALAM
        LINGKUNGAN 1000.

3.1  Menolak sebarang dua
       nombor.
(i)  Menolak sebarang dua nombor hingga
      tiga digit tanpa menggumpul semula.
(ii) Menolak sebarang dua nombor hingga
      tiga digit dengan menggumpul semula dari :
(a)     Puluh ke sa
(b)     Ratus ke puluh
(c)     Ratus ke puluh dan puluh ke sa
(iii)  Menolak sebarang dua nombor dengan
        menggunakan abakus 4:1.

B3D1E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 4


MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI





NOMBOR DAN OPERASI

3.       TOLAK DALAM
        LINGKUNGAN 1000.

3.2    Menolak berturut-turut
        dua nombor daripada
        sebarang nombor.
(i)  Menolak berturut-turut dua nombor
      daripada sebarang nombor hingga 1000
      tanpa dan dengan menggumpul semula.
(ii)  Menolak berturut-turut dua nombor
       daripada sebarang nombor hingga 1000
       dengan menggunakan abakus 4:1.
B3D1E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 4

3.3    Menyelesaikan masalah tolak.

(i)  Mereka cerita berdasarkan ayat matematik
      tolak yang diberi.
(ii) Menyelesaikan masalah harian yang
      melibatkan penolakan dua nombor.
B4D1E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 4




NOMBOR DAN OPERASI

4.       DARAB



4.1    Menulis ayat matematik
        bagi operasi darab.
(i)  Membina dan menyebut kumpulan sama banyak
      menggunakan :
(a)      bahan konkrit
(b)     gambar
(c)      garis nombor
(ii) Menulis ayat matematik tambah berulang :
(a)      dua-dua
(b)     lima-lima
(c)      sepuluh-sepuluh
(d)     empat-empat
(iii) Memperkenalkan simbol darab dan sama
       dengan :
(a)      Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks darab.
(b)     Menulis simbolnya.
(c)      Menggunakan sImbol bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.










B1D3E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 5

MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

4.       DARAB



4.1    Menulis ayat matematik
bagi operasi darab.
(iv)  Menulis ayat matematik darab apabila diberi
        kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh
        dan empat-empat berbantukan :
(a)     objek
(b)     gambar
(c)     garis nombor
yang sama banyak.
(v)  Menulis operasi darab yang sama jawapannya
       dengan operasi darab yang diberi dengan
       mengubah susunan nombor yang didarabkan.

B3D1E3
Rujuk Standard Dokumen m/s 5




B3D1E4
Rujuk Standard Dokumen m/s 5



4.2    Melengkapkan ayat matematik darab.

(iv)               Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat
      dengan berpandukan :
(a)     objek konkrit
(b)     gambar
(c)     garis nombor
(ii)  Menentukan nilai bagi sifir satu dan sifir.
(iii) Melengkapkan ayat matematik darab yang
       melibatkan sifir dua, lima, 10, empat, satu dan
       sifar.










MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

(iv)               DARAB


4.3    Menyatakan secara spontan sifir darab.


(iv)               Menyatakan secara spontan sifir dua, lima,
      sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut :
(a)     tertib menaik
(b)     rawak
(c)     salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi hasil darab tertentu.
(ii)  Menunjukkan hasil darab dengan menggunakan
       ymbol 4:1.





4.4    Menyelesaikan masalah
harian yang melibatkan
        sifir darab.

(iv)               Menggunakan sifir dua, lima, 10 dan empat
      bagi :
(a)     Mereka cerita berdasarkan ayat matematik darab yang diberi.
(b)     Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban dua nombor.


B4D1E3
Rujuk Standard Dokumen m/s 6












MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI


NOMBOR DAN OPERASI

5.       BAHAGI



5.1     Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi.


(iv)               Mengelaskan kepada kumpulan dua-dua, lima-
      lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat dengan
      menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan
      menggunakan :
(a)     objek
(b)     gambar
(c)     garis nombor
(ii)  Memperkenalkan ymbol bahagi dan sama 
       dengan :
(a)     Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks bahagi.
(b)     Menulis simbolnya
(c)     Menggunakan symbol bahagi dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.
(iii)  Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti :
(a)     penggumpulan
(b)     pengongsian
(c)     tolak berturut-turut
(d)     songsangan operasi darab









B1D3E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 7






B3D1E4
Rujuk Standard Dokumen m/s 7






MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI


NOMBOR DAN OPERASI

5.       BAHAGI



5.2     Melengkapkan ayat
matematik bahagi.

(iv)               Melengkapkan ayat matematik yang melibatkan
      pembahagian dengan dua, lima, sepuluh dan           
      empat berpandukan :
(a)     objek konkrit
(b)     gambar
(c)     garis nombor
(ii)  Menentukan nilai bagi pembahagian dengan
       satu.
(iii)  Menetukan nilai bagi pembahagian melibatkan
        nombor yang dibahagi adalah sifar.
(iv)  Melengkapkan ayat matematik bahagi yang
        melibatkan sifir dua, lima, 10, empat, satu dan
        sifar.
B4D1E4
Rujuk Standard Dokumen m/s 7



5.3     Menyatakan secara spontan yang melibatkan pembahagian.

(i)  Menyatakan secara spontan pembahagian
      dengan dua, lima, 10, empat, satu dan sifar
      mengikut :
(a)     tertib menaik
(b)     rawak
(c)     salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu dalam pembahagian apabila disoal.
(ii)  Membahagi dengan menggunakan abakus 4:1.
B5D1E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 8



MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI


NOMBOR DAN OPERASI

5.     BAHAGI



5.4     Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian.


(i)  Menggunakan pembahagian dengan dua, lima,
      10 dan empat bagi :
      (a)   Mereka cerita berdasarkan ayat matematik
              bahagi yang diberi.
(c)     Menyelesaikan masalah harian yang
        melibatkan pembahagian dengan dua, lima,
        10, empat, satu dan sifar.


B4D1E4
Rujuk Standard Dokumen m/s 8

B5D1E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 8



NOMBOR DAN OPERASI

6.    PECAHAN

6.1    Menamakan pecahan
        wajar.
(i)  Mengenal pasti pecahan wajar yang
      pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10
      dengan menggunakan bahan konkrit, gambar
      dan lipatan kertas.
(ii)  Menyebut pecahan wajar satu perdua, satu
       pertiga, satu perempat, satu perlima, satu
       perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu
       persembilan dan satu persepuluh.
(iii)  Menamakan pecahan wajar yang
        pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.
(iv)  Melorek gambarajah mengikut pecahan yang
        diberi.
  




B2D3E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 9


B3D3E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 9







MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

6.       PECAHAN


6.2    Menulis pecahan wajar.


(i) Menulis pecahan wajar yang pengangkanya 1
     dan penyebutnya hingga 10 apabila disebut dan
     mengikut lorekan pada gambarajah.



6.3    Membandingkan nilai dua pecahan wajar.

(i)   Membandingkan nilai dua pecahan wajar yang
       pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10
       dengan berpandukan lipatan kertas, papan
       pecahan dan gambarajah.

B3D3E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 9



NOMBOR DAN OPERASI

7.   PERPULUHAN


7.1    Mengenal pasti konsep perpuluhan.

(i)  Menukar pecahan persepuluh kepada
      perpuluhan.
(ii)  Menyebut perpuluhan sifar perpuluhan satu 
       hingga sifar perpuluhan sembilan dengan betul.
(iii) Menunjukkan nombor 0.1 hingga 0.9 pada garis
       nombor.
(iv)  Melorek gambarajah mengikut perpuluhan
        yang diberi.



B2D4E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 10

B3D4E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 10



7.2   Menulis Perpuluhan.
(i)  Menulis sifar perpuluhan satu hingga  sifar
      perpuluhan sembilan apabila disebut mengikut
      lorekan pada gambarajah dan pada garis
      nombor.





7.2    Membandingkan nilai perpuluhan

(i)  Memandingkan nilai sifar perpuluhan satu
      hingga sifar perpuluhan sembilan dengan
      berpandukan lipatan kertas, garis nombor dan
      gambarajah.
B3D4E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 10

MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

8.    WANG HINGGA RM100

8.1   Mengenal dan menyebut
        nilai mata wang
        Malaysia.


(i)  Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan
      RM100.
(ii)  Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan
       abakus 4:1.
(iii)  Menyatakan gabungan beberapa keping wang
        yang memberikan jumlah nilai yang tertentu
        hingga RM100.

B1D4E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 11


B2D5E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 11



8.2   Menambah nilai wang

(i)   Menambah dua nilai wang yang melibatkan :
       (a)  ringgit
       (b)  sen
       (c)  ringgit dan sen
       dan jumlahnya tidak melebihi RM100.
(ii)  Menambah tiga nilai wang yang melibatkan :
       (a)  ringgit
       (b)  sen
       (c)  ringgit dan sen
       dan jumlahnya tidak melebihi RM100.


B3D1E5
Rujuk Standard Dokumen m/s 11








MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



NOMBOR DAN OPERASI

8.  WANG HINGGA RM100.

8.3  Menolak nilai wang.

(i)  Menolak dua nilai wang yang melibatkan :
       (a)  ringgit
       (b)  sen
       (c)  ringgit dan sen
(ii)  Menolak berturut-turut dua nilai wang daripada
       sebarang nilai wang hingga RM100 yang
       melibatkan :
       (a)  ringgit
       (b)  sen
       (c)  ringgit dan sen


B3D1E6
Rujuk Standard Dokumen m/s 11





8.4     Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak.


(i)  Mereka cerita berdasarkan ayat matematik
      tambah dan tolak yang melibatkan wang.
(ii)  Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan
       operasi tambah dan tolak berkaitan dengan
       wang.


B4D1E5
Rujuk Standard Dokumen m/s 12











MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK

STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….

STANDARD PRESTASI



SUKATAN DAN GEOMETRI

9.  MASA DAN WAKTU

9.1     Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

(i)   Mengenal tanda senggatan minit pada muka
       jam.
(ii)  Mengenal tanda senggatan dan angka yang
       menandakan gandaan lima minit pada muka
       jam.
(iii) Menyata dan menunjukkan waktu dalam jam  
       dan gandaan lima minit.
(iv) Menukar waktu dalam jam dan gandaan
       lima minit daripada perkataan kepada bentuk
       angka dan sebaliknya.
(v) Merekodkan waktu dalam jam dan gandaan lima
      minit dalam bentuk angka.
(vi) Merekodkan aktiviti harian mengikut waktu
       dalam jam dan minit.
B2D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 13


B3D5E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 13



9.2     Menyatakan perkaitan dalam waktu.
(i)  Menyatakan perkaitan :
      (a)  hari dengan jam
      (b)  jam dengan minit
B3D5E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 13



SUKATAN DAN GEOMETRI

10.  PANJANG

10.1   Mengenal unit sentimeter dan meter.

(i)   Mengenal unit sentimeter dan meter dengan
       memerhatikan senggatan pada pembaris dan pita ukur.
(ii)  Mengenal ukuran panjang dalam unit :
(a)     cm
(b)     m
(iii)  Menulis ukuran panjang yang diberi dalam :
(a)     sentimeter dengan menggunakan simbol
       cm.
(b)     meter dengan menggunakan simbol m.

B2D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 14

MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI



SUKATAN DAN GEOMETRI

10.    PANJANG



10.2   Mengukur dalam unit sentimeter dan meter.

(i)  Mengukur dan menandakan jarak yang
      ditentukan dalam unit :
(a)     sentimeter
(b)     meter
(ii)  Mengukur dan merekodkan ukuran panjang
       objek dalam unit :
(a)     sentimeter
(b)     meter
(iii) Melukis garis lurus mengikut ukuran yang
       diberi dalam unit :
(a)     sentimeter
(b)     meter





B3D5E3
Rujuk Standard Dokumen m/s 14




10.3   Menganggar dalam unit
         sentimeter dan meter.

(i)  Menganggar panjang suatu objek dalam unit
      sentimeter dan unit meter dan bandingkan
      anggaran dengan ukuran sebenar.
B3D2E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 14



SUKATAN DAN GEOMETRI

11.  JISIM

11.1   Mengenal unit gram dan kilogram.

(i)  Mengenal unit kilogram dan unit gram dengan
      memerhatikan senggatan pada alat penimbang.
(ii) Mengenal jisim dalam unit :
(a)     g
(b)     kg
(iii) Menulis jisim yang diberi dalam :
(a)     gram dengan menggunakan simbol g.
(b)     kilogram dengan menggunakan simbol kg.

B2D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 15

B1D2E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 15


MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI




SUKATAN DAN GEOMETRI

11.  JISIM

11.2   Menimbang dalam unit gram dan kilogram.

(i)       Menimbang dan merekodkan objek yang
       jisimnya dalam :
(a)     gram
(b)     kilogram

B2D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 15

11.3   Menganggar dalam unit gram dan kilogram.

(i)  Menganggar jisim sesuatu objek dalam unit
      gram dan kilogram dan bandingkan anggaran
      dengan timbangan sebenar.
B3D2E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 15



SUKATAN DAN GEOMETRI

12.   ISIPADU CECAIR

12.1   Mengenal unit milliliter dan liter.

(i)   Mengenal unit milliliter dan liter dengan
       memerhatikan senggatan pada silinder
       penyukat.
(ii)  Mengenal isipadu cecair dalam unit :
(a)     ml
(b)     l
(iii)  Menulis isipadu yang diberi dalam :
(a)     milliliter dengan menggunakan simbol ml
(b)     liter dengan menggunakan simbol l

B2D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 16

B2D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 16



12.2   Menyukat dalam unit milliliter dan liter.

(i)  Menyukat, menanda dan merekodkan isipadu
      cecair yang ditentukan dalam :
(a)     milliliter
(b)     liter

B3D2E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 16
12.3   Menganggar dalam unit
         milliliter dan liter.
(i)  Menganggar isipadu cecair dalam unit milliliter
      dan liter dan bandingkan dengan sukatan
      sebenar.
B3D2E2
Rujuk Standard Dokumen m/s 16

MINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN / TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk ……
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk ……….
STANDARD PRESTASI




SUKATAN DAN GEOMETRI

13.  RUANG

12.1   Mengenal pasti bentuk tiga dimensi.

(i)  Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan
      huraian.


(ii)  Mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk tiga
       dimensi.

B1D5E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 17

B2D7E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 17

12.2   Mengenal pasti bentangan bentuk tiga dimensi.


(i)  Mengenal pasti pelbagai bentangan bentuk tiga
      dimensi : kubus, kuboid, pyramid tapak
      segiempat sama, silinder dan kon.


B3D6E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 17

B4D1E6
Rujuk Standard Dokumen m/s 17



12.3   Mengenal pasti bentuk dua dimensi.

(i)  Mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan
      huraian.


(ii)  Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi :
       segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan
        bulatan.

B1D5E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 17

B2D7E1
Rujuk Standard Dokumen m/s 17