Pages

Wednesday, December 21, 2011

Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita


Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana  solat NAK diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di
peringkat mediocre, itu pun  kalau boleh di kategorikan begitu.
  
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah  mencadangkan kita mengambil 2
minit untuk "menyediakan diri" sblm  menghadap Yg Esa.

 
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...  sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz
niat:


1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri  kita. Kenangkan kembali dosa2
kita, betapa kerdil dan hinanya kita,  seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa.
Pendek kata,  kutuk diri sendiri dan menyesallah.

 2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.  Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk
beribadat kepadaNya. Kenangkan  betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam,
mempunyai Tuhan yg  begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu 
menyayangi anaknya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat  solat dan mengangkat takbir. Berniatlah
dlm keadaan berdiri tegak, bukan  sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan
sebagainya. Fokus.  Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, 
penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan  selayak2nya adab utk
menghadap Tuhan.

 1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat  takbir
  
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping  telinga
  
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping  telinga
  
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan  telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke  badan. Menurut penceramah,
syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar  bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk
mengganggu solat kita, oleh  itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
  

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn  kiri ke atas sikit dari pusat (bukan
menutup pusat) sambil ibu jari  dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan
diletakkan  di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat  mendekati badan.

 3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada  rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan.
Kedua2 tgn melurut peha dgn  perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm
posisi  sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

 
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami  Allahuliman hamidah..." dan mengangkat
tgn posisi takbir   ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".


5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan  diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn
meletakkan kedua2  lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya  dahi. Kedua2 tgn
dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu  jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara 
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke  hadapan kerana dikhuatiri
akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7  iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan
kedua belah kaki  (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke  kiblat.


6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
  
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
  
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan  kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.


7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun,  bukan dlm keadaan bangun
menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk  bangun, gunalah tgn kanan utk membantu
kita bangun atau kedua2 tgn.


8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut  ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha
ILLALLAH") Jari telunjuk  itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
  
   
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi  salam. Menoleh sejauh mungkin
sehingga 180 darjah ke belakang kerana  malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika
menoleh ke kiri.  Tidak salah jika bahu  dialihkan sedikit bagi  membolehkan kita menoleh
sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan,  alihkan  sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
  
 
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn  melapikkan papan punggung dgn kedua2
kaki. Tgn diangkat  separas  dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya
kita  berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat  bongkak.
Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


Kain yg digunakan utk solat juga perlu  menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah  jarang. Sekiranya kita memakai kain yg
jarang dan dapat  dilihat  tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah
 kain telekung yg tidak jarang  (antara caranya  ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
 Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh  di dlm dan pastikan sewaktu di rumah,
apabila kita solat cuma dgn  berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak
kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

 2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas  membawa kain solat, sekadar
membawa telekung shj (tak payah org lain,  saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma
kain di badan shj  digunakan dan bagi menutupi  kaki, kita memakai  stokin. Cara ini memang
tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai  tidak jarang. Ingatlah  sewaktu kita sujud, kain
stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita  ketika itu lalu  tidak
sahlah solat. Sebaik2nya  pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai
 ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.


   3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.  Ada yg berlubang2 sehingga di
belakang telekung.  Ada  kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn
serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang  telekung. Oleh itu,
berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki  solat kita  kerana ia adalah tiang agama.
Pertama  sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik  akan melahirkan
peribadi yg baik.

No comments:

Post a Comment