Pages

Monday, September 14, 2015

2 week wait

Hari 9 selepas Embryo Transfer.
Alhamdulillah Embryo Transfer berjalan lancar even sakit sikit. Masa 2ww ni kena amik ubat yang disarankan Doktor. Ubat yang dibekalkan Duphaston 10mg (1 biji pagi,  sket1 biji mlm), folic acid 400mg, Cardiprin dan Progesteron Vaginal Gel(insert kat bawah waktu pagi)
Kesannya, pagi-pagi mesti pening. Tu sebab lepas jer insert Progesteron, adalah disarankan untuk rehat 20 minit.jangan gerak2. rileks jer...In shaa Allah segalanya dipermudahkan dengan izin-NYA..


Update Follicle Scan Result
Alhamdulillah. Terharu tengok result. Terima kasih Ya Allah..

Wednesday, September 2, 2015

Preparation for Non Paid Leave (CTG)

Sepanjang CTG yang aku amik selama 28 hari ni, aku mula buat preparation for CTG ikut pasangan sambung belajar. 2 in 1. Sementara nak tunggu panggilan interview visa, so kena prepare dlu dokumen yang patut as Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk dihantar ke JPNP.

Dokumen yang perlu ada:

1) Borang permohonan CTG Mengikut Pasangan Bertugas.
    Korang boleh download dari link ni  http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=953

2) Surat tawaran mengikut kursus / pengajian atau surat arahan pertukaran pasangan -jika berkaitan

3) Surat tawaran pembiayaan pengajian pasangan (Financial Affidavit) -jika berkaitan

4) Surat kelulusan cuti belajar pasangan - jika berkaitan

5) Sijil perkahwinan yang telah disahkan.

Borang yang lengkap diisi dan dokumen berkenaan dikemukakan kepada Ketua Jabatan tempat pegawai bertugas sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh nak mula CTG.

Semua dah settle. Tunggu nak hantar je lg. Oh ya jangan lupa buat 3 salinan.



MY 2nd IVF

Berdasarkan kpd patient planner yang UIA beri,  OPU akan dijalankan pada hari Jumaat ni kul 10 pagi. Kali ni without GA. Doakan semua selamat ye.


Update Lps OPU:
>> Terjaga dlm keadaan sgt lemah,husbnd takde kat sisi. Solat Jumaat
>> Sakit OPU kali ni, tapi mulut tak berhenti kumat kamit berdoa agar result yang bakal aku dgr menyebelahi aku.
>>terasa nak ke toilet, cuba gagahkan diri untuk turun dr katil. fresh blood tak berhenti menitik di lantai. Allah, berikan la aku kekuatan.
>>Masa tengah operate tadi dos pelali agak kurang jadi doktor dan nurse tak sedar aku terjaga semasa operation. rasa sakit yang teramat dan aku cuba menggerak2kan badan agar disedari doktor. Akibatnya long thin needle terkena pada dinding rahim.Bleeding.
>>Sebelum pulang doctor check semula dan bersihkan darah yang masih ada dalam rahim.



Thursday, August 13, 2015

Ovum Pick Up (OPU)

11/8/2015
Hari ni ovum pick up (OPU)
Hari ni boleh terlewat untuk masuk OT. UIA pun call tanya location.
Sebaik dekat je dgn hotel yg kitorg stay.
Serahkan sampel husbnd dan terus salin baju.
Nampak mcm gagah tapi sebenarnya  perasan berdebar tu terasa sampai sejuk seluruh badan.
Nurse inject GA. Tujuannya supaya tak rasa sakit sepanjang operation dijalankan.
Bila terjaga je terasa pening. mungkin kesan dari GA. 
Menurut Embryologist , kuantiti folikel yg disedut hanya ada 4 semuanya.
Tapi yg mengandungi ovum hanya 1. So kena tunggu esok utk tahu result.

Nasihat : Untuk menambah kuantiti dan kualiti ovum, anda disarankan tidak stress sepanjang waktu period sebelum ivf dijalankan. 

Jumlah hari ni 
1)  OPU.                                  RM 4100
2)  GA.                                    RM   350
3)  Duphaston                          RM     60
4)  Profofol.                             RM     35
5)  Cardiprin + clarityne
 + Dormilum + pethidine.         RM   40
6) hotel sri manja.                   RM 100

Jumlah.                               RM 4685


JUMLAH BESAR.                RM 8946.60

Saturday, August 8, 2015



Sabtu 8.08.2015
Hari ni jumpa embriologist n Dr Rozman.
Mula-mula sesi TVS terlebih dahulu sementara tunggu doktor sampai.
Seperti sebelum ni , telur besar tak sekata (ada yg besar,besar sgt n ada yg kecil,kecil sgt).mcm ada 2 batch.so hari ni doktor suggest amik lagi 1 kotak gonal f. jumlah semuanya setakat ni 5 kotak gonal f 300iu. Balance masih ada 100iu lagi.
Menurut Dr Rozman, OPU dijadualkan pada hari Selasa dan hari rabu akan dpt result. ET dijangkakan pada hari Khamis. Aku akan diberi full dose GA.
Hari Ahad dh kena inject HuCoG 5000iu. 2 kotak. 10mlm ahad tu. Berdebar tengok jarum kali ni lagi besar. Tapi kena ingat, org bersalin lagi sakit. so bertabahlah. Pagi selasa Jam 6 kena amik monural.


Jumlah hari ni
1) Down payment ivf            RM1300
2) Gonal F 300iu.                    RM 500
3) HuCoG 5000iu.                   RM120 (1=RM60)
4) Monurol.                             RM  50
5) TVS WEEKEND.                 RM  50
6)disposable item.                 RM    1
Jumlah.                                    RM 2021.00

JUMLAH BESAR                      RM4261.60


Tuesday, August 4, 2015

TVS & KAUNSELING

3 Ogos 2015

Hari ni aku bergegas cepat dari sekolah. Ada TVS + Kaunseling hari ni kat UIA. Abang plak bergerak dari Gambang. So bila sampai UIA nurse buat TVS dulu jam 2.30 ptg. Kul 3 nanti baru ada sesi kaunseling. Masa scan tu punyer la risau...ada 12 telur yg dpt dilihat. tapi semua pun belum cukup besar. paling besar pun setakat ni 1213 diameter. kena tunggu sehingga diameter menjadi 18. Jadi kena tambah ubat lagi. Gonal F- 1 kotak = RM500. Inject untuk 3 hari sampai hari Khamis. setiap hari 150ui. Pastu datang utk TVS lagi.kalau tak besar lagi kena tambah lagi Gonal F. tapi kalau dh besar, boleh la start OPU.

     Sesi kaunseling kami dengan Puan Siti Khatijah. Muda lagi orangnyer. macam sebaya kakak ipar je. Semua info Puan Siti cerita kat kami. Termasuklah risiko IVF.

      1) kurangkan minum teh, kopi, dan susu kambing.
      2) kurangkan makan makanan pedas, fast food
      3) boleh minum air horlick n milo.
      4) jgn stress - sbb stress boleh menyebabkan Sindrom Telur Kosong.

      Sebab insyaallah Isnin depan boleh start prosedur OPU. Aku dinasihatkan untuk bersama dengan husband 3 atau 5 hari sebelum OPU. Tujuannya supaya masa amik sperm husband nanti dapat sperm yang fresh. Baru tau, lebih dr 5 hari kalau tak bersama, sperm husband boleh 'mati'. Sehari sebelum OPU aku perlu makan ubat monurol  36 jam sebelum OPU.Tujuannya supaya folikel tadi dh sedia untuk disedut. Pn Siti ada beritahu tentang Sindrom Hiperstimulasi Ovarian- yang ni terjadi bila telur tak disedut keluar disebabkan oleh semasa OPU, terdapat kapilari darah yang menghalang jarum untuk sedut telur. Kenapa tak sedut je kan? Tak boleh la takut nanti ada Pendarahan Dalaman plak.
So kalau kes macam ni, pesakit akan diberi ubat untuk kecutkan folikel.
           Masa hari OPU nanti aku perlu hadir di UIA jam 7.30 pagi bersama sperm husband.Sperm tu tak boleh melebihi dari 30 minit. Datang dalam keadaan natural beauty ye puan...hehehe...takleh make up, tak leh pakai perfume n paling penting kul 12 mlm sebelumnya dah puasa.

Jumlah hari ini
1) Gonal F = 1 x RM500 = RM500

JUMLAH BESAR               RM2240.60
 
   

Friday, July 31, 2015

Hari kedua inject Gonal F

So hari ni pagi2 lagi bangun tidur. susah nak lelap semalam. tak tau la mungkin kesan Gonal F. pandai2 je aku ni.
Hari ni hari kedua inject Gonal F lg 150iu.
Ni 3 kotak yang aku beli.
Yg ni plak jarum dia. yang duk dalam kotak tu. Nurse kata Gonal F ni kena simpan dlm peti sejuk. bahagian sayur-sayur.


Wednesday, July 29, 2015

Pengalaman IVF ku

Assalamualaikum semua...lama tak update blog ni.

Hari ni aku ke UIA Jalan Hospital. Sepatutnya hari ni sesi kaunseling dan beli ubat. tiba di UIA, parking penuh, ada exam rupanya.so terpaksa la parking kat Kuantan Parade.jauh jugalah menapak.tapi takpe, boleh exercise..masuk je kat ground floor aku terus ke kaunter depan.malangnya bila tanya kat frontdesk tu diorg pun tak berapa pasti..nasib baik ada sorang lecturer yang baik hati bawa aku ke Fertility Clinic. belok2 juga laluannya.
         sampai di unit fertility aku pun inform nama, sorang nurse ni beritahu, kena dtg sesi kaunseling dengan suami. so takde la kaunseling hari ni. jadual baru hari isnin 2.30 ptg dkt UIA IM. harap en hubby dpt dtg la.semenjak mengajar di GMI ni bz juga la dia..jumaat baru ada sini.tapi minggu ni abg blk hari sabtu.kna berdikari la cmni.
         nurse ajar cara nk inject utk setiap pg ikut dos dia tetapkan.hari ni aku beli 3 kotal Gonal F 300iu.

Jumlah sejak 1st appoinment
1)  Filing.                                       =    RM 10
2)  Registration+consultation        
   + TVS + HEP B+ HIV Screening =RM 180.60
Jumlah.                                            RM 190.60

Jumlah hari ni
 1) Gonal F 300iu  = 3 X RM500 = RM1500
 2) Deposit cooler bag                 = RM    50
  JUMLAH BESAR                          RM1740.60

Sunday, April 19, 2015

Pengalaman Laparoscopy Fallopian Tube

16 April 2015

Hari ni aku akan masuk OT. Berdebar sangat. Tapi nasib baik ada Mr Husband yang penyayang ni. I love him so much. I thanked Allah for giving me such a good and perfect partner in my life. Semlm Mr Husband belanja makan BK kegemaran. mesti dia paham perasaan aku. thanks sbb cuba happy kan ina, syg..

            Pagi kul 8 kitorang dah sampai cam yang Jiha, nurse doktor Khaled suruh kitorang datang. 8.30 pagi baru daftar masuk wad. tandatangan and isi form yang patut. dapat tag n terus dia hantar aku ke wad. kat sini aku kena tunggu doktor datang. Doktor Khaled datang melawat dan aku diberi peluang untuk mengajukan sebarang soalan. So far tak de apa2 lagi sebab fikir nak operate je.  Kul 12.15 nurse pun datang minta aku sedia untuk ke OT. Sorang doktor bius datang memperkenalkan diri dan jalankan prosedur bius kat aku. full dos. aku terjaga dalam jam 3 rasanya. tapi masa tu mamai2 lg. Penat and mengantuk sgt, jadi aku terus tidur. bila terjaga jam 5 petang. aku tengok Mr Husband  ada kat sisi. setia betul dia menunggu..

                Mlm tu watsap pun masuk bertubi-tubi. aku masih tak larat, cuma sempat balas watsap Lin, my BFF. Cerita keadaan aku.. TQ Lin atas semangat yang diberi. really appreciate it. 

                 Mr Husband, tq sbb banyak berkorban untuk Ina kali ni..Tq sbb biayai kos operate Ina. dan TQ sbb jaga ina spnjg Ina sakit. 

                  Dr Khaled datang pagi ni bagi tahu ttg keadaan tiub fallopio. Malangnye result masih tidak menyebelahi aku. Parut appendiks terlalu banyak dan sukar dileraikan terutama sekali di kawasan usus kecil. jadi tiub masih tersumbat. Doktor suggest buat IVF dan dia akan attach case ni dalam program IVF UIA. Walaupun sedih tapi aku tetap percaya inilah jalan penyelesaian yang Allah tetapkan untuk aku. 


So total kali ni = 


HSG

11 APRIL 2015 .
So kali ni nak sambung share prosedur kat KPJ Kuantan. Pagi2 lagi dh drive ke Kuantan. Hari ni Mr. Husband masih lagi kat Cameron Highlands.Berkursus..Esok baru balik. Sorang je la jawabnyer hari ni. Punyer la berdebar sebab g Hospital sorang-sorang . Tapi tetap gagahkan diri juga sebab appointment dah buat. Hari ni ade HSG dengan unit XRAY.
                       
                            Aku sampai dalam jam 9.05 PAGI...lambat 5 minit. terus bergegas ke kaunter pendaftaran n masuk bilik 4. Nurse kat situ suruh aku ke unit XRAY. sampai kat unit xray, malangnyer, doktor hanya boleh jumpa aku lepas kul 10.30 pagi. alahai....sarapan la dulu nampaknyer....tak lama pastu, nurse panggil nama. masuk bilik xray...siap kena tandatangan surat lagi tu untuk kebenaran buat HSG tanpa ada ber'sama' dgn husband selama seminggu ni.diorg risau nanti partikel lain plak yg jumper kot....hehehehe...lagi satu ni dos yg tinggi.aku sign jer..

                           Punyer la lama nk tunggu doktor siap boleh sembang lg tu dengan pembantu xray kat situ. Tak lama pastu sampai la doktor, DR Kuljeet Singh. Baik doktor ni, lemah lembut orgnyer... Bermula la sesi xray..Doktor perkenalkan setiap alatan yang bakal digunakan.
                       

  •    HSG
    • Using aseptic precautions, cannulation of thr cervical os was carrioed out.
    • Contrast injection demonstrated contrast filling of the uterus.
    • There are small filling defects seen at the margin of uterus.
Kesimpulannyer berdasarkan keputusan HSG, hari aku menjadi mendung...
Bertemu Doktor Khaled untuk berbincang mengenai prosedur seterusnya. Doktor suggest buat laparoscopy since my HSG result stated that non visualization of fallopian tubes. BOTH OF THEM. aku tak pikir panjang terus setuju...lupa nak tanya kos..Kat meja nurse tu baru tanya.. around 8K rupanyer. Sepanjang perjalanan pulang aku nangis tak henti2....

ToTal kali ni = Rm330

Monday, April 6, 2015

KONGSI PENGALAMAN

Hari ni rasanya nk kongsi pengalaman dalam proses aku nk buat IUI. Sebenarnya dah lama nk buat iui ni tapi sekadar sebut jer kat mulut.last2 lupa..Aku bersemangat semula nak buat proses ni pun sebab tak tahan la asik dengar orang bising-bising. Kat tempat kerja aku ada la 2 orang ni tiap2 hari kerjanya asik mengomel jer tentang anak masing-masing. Rimas aku dengar.Macam mengejek pun ada.Macam mak nenek pun ader.hahahahaha...
   Ok kita lupakan tentang nenek 2 orang tu...

   3 April 2015
 Aku dan K.Fairos pegi ke UIA Kuantan. Fertility Clinic.  Ada la dalam 4 orang yang sedang tunggu turn masuk jumpa doktor. Malangnya tak boleh jumpa doktor terus. Kena buat appointment dulu. Bila check jadual doktor, appoinment aku pun ditetapkan pada 18 Mei 2015 bersamaan hari Isnin. DR. ROSZAMAN. Ha satu kisah plak nak minta CRK ni.Dapat ke tak...Seronok tengok ibu yang mengandung ada kat sini.

  4 April 2015
 Hari ni nak g service kete. dah 60ribu mileage. Kena major service ni. Lepas ni pegi KPJ Kuantan dulu. Ingat nak jumpa DR Khaled Mat Hassan dlu kat KPJ. k.Fairos asik sebut nama dia je sebelum ni. Jadi apa kata berkenalan sket dengan dia hari ni. So aku pun terus buat appointment kat KPJ.Datang sebelum pukul 1 ye, Puan.Hehehe...Tu ayat Nurse yang jawab call aku.11.30 pagi aku pun sampai kat KPJ. Isi borang, timbang berat n amik blood presure.122/82.
   So skrg jumpa doktor. Doktor minta aku jelaskan sejarah kesuburan aku. aku dah amik 2 cycle clomid tapi malangnya cara pengambilan aku selama ni salah. sepatutnya aku kena amik clomid dalam 6 bulan tanpa henti untuk tgk sama ada badan aku ni ada kesan tak bila amik clomid. 
    Doktor guna alat ultrasound untuk check perut aku. tapi tak nampak apa2 lg since hari ni hari period kedua aku. So doktor suruh aku amik ujian darah untuk tgk level LH dan FSH. Sabtu ni kena pegi semula jumpa doktor tgk result darah n buat ujian ultrasound lg. 
    
   SO TOTAL PERBELANJAAN HARI NI = RM265.00